Sabtu, 17 April 2010

Hikam Syeikhna As-Syarif Al-Habib Yusuf Muhyiddien Al-Bakhour Al-Hasani wal Husaini






Antara mutiara kata beliau:

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "مَن استَسلم في البداية, أكرمه الله في النهاية".

Sesiapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah s.w.t. (tawakkal) pada permulaan suluknya, maka Allah s.w.t. akan memuliakannya di penghujung suluknya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "من كانت بدايته مخرقة, كانت نهايته مشرقة".
Sesiapa yang mana permulaannya membakar-bakar atau menyala-nyala, maka penghujungnya akan terang benderang.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله :"البدايات تدل على النهايات".

Permulaan menunjukkan penghujungnya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "الصدق مع الله أقرب الطريق الى الله".

Kejujuran kepada Allah s.w.t. merupakan jalan yang paling hampir untuk menuju Allah s.w.t..

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "الغفلة باب كل خطيئة والنفس باب كل ذلة".

Kelalaian itu pintu bagi segala kesalahan dan nafsu itu pintu bagi segala kehinaan.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "المريد ليس من انتسب الى شيخه ولكن المريد من انتسب شيخه اليه".

Seseorang murid yang hakiki itu bukanlah yang menisbahkan kepada gurunya, tetapi murid yang hakiki itu ialah, orang yang dinisbahkan akan gurunya kepadanya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "لأن أموت صادقا خير من أن أعيش كاذبا".

ٍSesungguhnya, kalau saya mati dalam keadaan jujur (kerana mempertahankan kebenaran) itu lebih baik daripada saya hidup dalam keadaan penuh tipu daya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "لا تتعلق بالعبادة لأن التعلق لا يكون إلا بالله".

Janganlah bergantung kepada ibadah, kerana ketergantungan tidak boleh kecuali hanya kepada Allah s.w.t..

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله : "كم من منة أورثتك الندامة وكم من بكاء أورثتك السرور".

Berapa banyak kenikmatan yang membawa kepada penyesalan dan berapa banyak pula tangisan yang membawa kepada kegembiraan di penghujungnya.



Disusun oleh
Al-Haqir Al-Faqir ila Hadrati Rabbihi Al-Jalil Al-Qadir
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin.
Antara mutiara kata beliau:

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :
مَن استَسلم في البداية, أكرمه الله في النهاية

Sesiapa yang menyerahkan urusannya kepada Allah s.w.t. (tawakkal) pada permulaan suluknya, maka Allah s.w.t. akan memuliakannya di penghujung suluknya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

من كانت بدايته مخرقة, كانت نهايته مشرقة
Sesiapa yang mana permulaannya membakar-bakar atau menyala-nyala, maka penghujungnya akan terang benderang.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

البدايات تدل على النهايات

Permulaan menunjukkan penghujungnya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

الصدق مع الله أقرب الطريق الى الله

Kejujuran kepada Allah s.w.t. merupakan jalan yang paling hampir untuk menuju Allah s.w.t..

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

الغفلة باب كل خطيئة والنفس باب كل ذلة

Kelalaian itu pintu bagi segala kesalahan dan nafsu itu pintu bagi segala kehinaan.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

المريد ليس من انتسب الى شيخه ولكن المريد من انتسب شيخه اليه

Seseorang murid yang hakiki itu bukanlah yang menisbahkan kepada gurunya, tetapi murid yang hakiki itu ialah, orang yang dinisbahkan akan gurunya kepadanya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

لأن أموت صادقا خير من أن أعيش كاذبا

ٍSesungguhnya, kalau saya mati dalam keadaan jujur (kerana mempertahankan kebenaran) itu lebih baik daripada saya hidup dalam keadaan penuh tipu daya.

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

لا تتعلق بالعبادة لأن التعلق لا يكون إلا بالله

Janganlah bergantung kepada ibadah, kerana ketergantungan tidak boleh kecuali hanya kepada Allah s.w.t..

قال شيخنا سيدي يوسف الحسني - حفظه الله - :

كم من منة أورثتك الندامة وكم من بكاء أورثتك السرور

Berapa banyak kenikmatan yang membawa kepada penyesalan dan berapa banyak pula tangisan yang membawa kepada kegembiraan di penghujungnya.


Disusun oleh
Al-Haqir Al-Faqir ila Hadrati Rabbihi Al-Jalil Al-Qadir
Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin

Sabtu, 20 Februari 2010

Program Syeikhna Sidi Rohimuddin Nawawi 'Azamatkhan Al Husaini Al Bantani


Salamullah 'alaikum warhmatullah wa barakatuh...,

InsyaAllah, Syeikhna Sidi Rohimuddin Nawawi 'Azamatkhan Al Husaini Al Bantani akan dtg ke Malaysia pada tanggal 6hb 3 2010. Di bawah ini adalah jadual yang diaturkan buat masa ini.


6hb Mac (Sabtu) Pengajian di Cheras.
7hb Mac (Ahad) Majlis Salawat dan Sambutan Maulid Nabi s.a.w. di markaz Darul Hasani, Nilai.
8hb Mac (Isnin) bertolak ke Aceh hingga 12hb 3.
12hb Mac (Jumaat) bertolak ke Pulau Pinang.
13hb Mac (Sabtu) pengajian kitab di Seberang Perai, Pulau Pinang.
14hb Mac (Ahad) pengajian di rumah Pn Noridah, Shah Alam.
15hb mac (Isnin) Maulid di Shah Alam.
17 hb Mac (Rabu) Maulid di Kemaman sebelum bertolak ke Kuala Terengganu.
18hb Mac (Khamis) pengajian kitab di Madrsah HIdayah, Bt Buruk, Ustaz Musthofa Kamal.
19hb Mac (Jumaat) pengajian kitab di Madrsah HIdayah, Bt Buruk, Ustaz Musthofa Kamal.
20hb Mac (Sabtu) majlis Maulid Nabi s.a.w. di Bukit Jong, Terengganu.
21hb Mac (Ahad) majlis Maulid Nabi s.a.w. di Bukit Jong, Terengganu.
22hb Mac (Isnin) pulang ke markaz Darul Hasani, Nilai.
23hb 3 (Selasa) bertolak ke Indonesia.
23hb Mac - 25hb Mac (Selasa, Rabu, Khamis) ke Makasar Sulawesi.
26hb Mac - 27hb Mac (Jumaat, Sabtu) di Bekasi, Jawa Barat.
28hb Mac - 31hb Mac (Ahad, Isnin, Selasa, Rabu) di Pontianak, Kalimantan.
1hb - 4hb April (Khamis, Jumaat, Sabtu, Ahad) di Bekasi-Bogor.
5hb April (Isnin) bertolak ke Malaysia.
6hb April (Selasa) bertolak ke Mesir.



Untuk maklumat yang lebih lanjut, silalah hubungi Ustaz Mukhlis di talian 012-2436316, dan markaz Darul Hasani 016-6478497

Rabu, 13 Januari 2010

Sumbangan Tetap Bulanan

Salamullah 'Alaikum warahmatullah wa barakatuh... Kepada semua ahbab/murid Syeikh al-Habib Yusuf Muhyiddein Riq el-Bakhour al-Hasani dan Syeikh Rohimuddin Nawawi ‘Azamatkhan al-Husaini al-Bantani, untuk perhatian semuanya. Kita telah mempunyai Markaz yang bertempat di alamat PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan. Pihak Markaz, amatlah mengalu-alukan kepada semua ahbab untuk bersama-sama membantu mengukuhkan perjalanan Markaz Darul Hasani, Nilai. Di sini disertakan perbelanjaan bulanan Markaz yang perlulah kita bersama-sama memberikan perhatian yang serius bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak kita inginkan berlaku kepada perjalanan Markaz.


1. Sewa Bulanan Markaz - RM 800.00
2. Bil Air/ Elektrik/ Talifon - RM 300.00
3. Keperluan Lain Semasa Majlis Salawat - RM 100.00


Jumlah Tetap Bulanan Yang Perlu - RM 1200.00

Bantuan bolehlah disalurkan terus ke tabung Markaz Darul Hasani di dalam akaun Maybank ( Darul Hasani Enterprise : 505019161643 ). Bantuan juga boleh juga disalurkan ke tabung Markaz yang beralamat di PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 Nilai, Negeri Sembilan, atau bolehlah menghubungi talian 06-8506473 (Markaz), 013-6227671 (Ustaz Nasir), 012-2436316 (Ustaz Raja Ahmad Mukhlis).

Amatlah diharapkan agar semua ahbab mengambil berat terhadap perjalanan Markaz Darul Hasani yang menjadi harapan oleh Guru kita, Syeikh al-Habib Yusuf Muhyiddein Riq el-Bakhour al-Hasani supaya dijaga oleh semua ahbab.

Majlis Salawat Mingguan

Salamullah 'alaikum warahmatullah wa barakatuh.., kepada semua ahbab Darul Hasani. InsyaAllah, setelah disepakati bersama dengan semua ahbab bersama dengan Syeikh Rohimuddin Nawawi 'Azamatkhan Al-Husaini Al-Bantani pada hari Jumaat setiap minggu, majlis salawat akan diadakan di Markaz Darul Hasani yang bertempat di PT 10205, Jalan BBN 11/4A, Taman Desa Melati, Fasa 3, 71800 NIlai.. Majlis bermula dengan solat Maghrib bersama, kemudian akan diberikan kuliah oleh tenaga pengajar yang telah diamanahkan oleh Guru kita, Sheikh Murobbi Al-'Allamah Al-'Arif Billah Al-Habib Syeikh Yusuf Muhyiddein Riq El-Bakhour Al-Hasani Wal Husaini.

Amatlah diharapkan semua ahbab dapat menghadirkan diri.